PELAN IKHLAS LIFESTYLE TAKAFUL

APA ITU PELAN TABUNGAN TAKAFUL IHKLAS?

IKHLAS LIFESTYLE  TAKAFUL  merupakan pelan perlindungan tahap perseorangan yang menyertakan keuntungan untuk diagihkan semula kepada para peserta . Pelan ini direka untuk memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum sebelum tempoh matang sijil . Tempoh Sijil adalah antara dari 5 hingga 42 tahun dan sumbangan perlu di buat sehingga tempoh matasng sijil. Pelan ini direka khusus untuk memberi jaminan perlindungan kepada anda dan kegetiran kehidupan . Mafaaqt tempoh matang merupakan jumlah sumbangan terkumpul ( bersih daripada sebarangan caj ) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi ( PIA )

 APAKAH YANG DI LINDUNGI OLEH IKHLAS LIFESTYLE?

Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya Menyeluruh – sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal menyeluruh terhadap peserta ( mana-mana yang terdahulu ) di dalam tempoh sijil.Jumlah perlindungan ( SC ) beserta dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan ( PIA ) akan dibayar kepada warisa peserta atau keluarga terdekatnya. Sekiranya berlaku kematian kepada peserta, manfaat perbelanjaan pengkebumian akan di bayar kepada waris peserta sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan Sijil, tertakhluk kepada jumlah maksima sebanyak RM10,000.00.

 Nota : sekiranya berlaku kehilangan Upaya Kekal dan menyeluruh  ( TPD ),manfaat sijil akan di bayar kepada para peserta.

MENGAPA IKHLAS LIFESTYLE?

Gaya Hidup Sihat

Peserta berhak untuk pembuat pemeriksaan perubatan percuma pada setiap akhir tahun ke lima ( 5) sijil , tertakhluk kepada jumlah maksimum sebanyak tiga ( 3 ) kali pemeriksaan sepanjang tempoh sijil. Takaful Ikhlas akan menentukan bentuk pemeriksaan perubatan yang berhak di terima oleh peserta bersesuaian dengan keperluannya. Untuk keputusan yangb memuaskan bagi setiap pemeriksaan perubatan peserta akan menerima jumlah perlindungan tambahan percuma sebanyak RM10,000.00. Jumlah perlindungan asal.Walaubagaimana pun,sekiranya keputusan pemeriksaan adalah tidak memuaskan,tiada perlindungan tambahan akan di beri.

 Pengeluaran  Wang Tunai

Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi ( PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima ( 5 ) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja di benarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi ( PIA) bagi setiap pengeluaran.

 Penambahan Kadar Sumbangan

Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, Jumlah penambahan minimum adalah  sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan di masukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

Syarat-syarat

Dalam Keadaan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh terhadap terhadap peserta, manfaat yang di bayar adalah tertakhluk kepada tempoh terhad selama 6 bulan, dengan syarat :

  1. Tuntutan Kehilangan Keupayaan Kekal dan Menyeluruh telah disahkan.
  2. Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh adalah berdasarkan kepada definasi “sebarang pekerjaan”
  3. Tiada tunggakan sumbangan

 

SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN

Umur : 18-55 tahun ( Umur pada hari jadi berikutnya, lelaki/perempuan )

 Jumlah Had : Minimum – RM 50,000

 Perlindungan : Maksimum – Tertakhluk kepada keputusan pengunderaitan

 Tempoh Tamat  Umur Penyertaan : Bila Mencapai umur 60 tahun

LINDUNGI MASA DEPAN ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN LEBIH BAIK

Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaunelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, Menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

40 PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI

1.  Serangan sakit Jantung
2.  Strok/Angin Ahmar
3.  Penyakit Arteri yg perlukan pembedahan
4 Lain-lain Penyakit Arteri koronari yg serius
5   Arterektomi Koronari yg serius
6.  Penggantian Injap Jantung
7.  Pembedahan Aorta
8.  Koma
9.  Hipertensi arteri Pulmonari Utama
10. Ketumbuhan Otak Tidak Merbak
11. Penyakit Radang Otak
12. Meningitis Bakteria
13. Kerosakan Buah Pinggang
14. Penyakit Sista Midula
15. Lupus Erythematosus & Lupus Nephritis
16. Penyakit Hati/Heper Kronik
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Penyakit paru-paru Kronik
19. Pemindahan Organ Utama
20. Kanser
21. Anaemia Aplastik
22. Penyakit Neuron Motor
23. Penyakit Alzheimer
24. Penyakit Parkinson
25. Sindrom Apalik
26. Distrofi Otot
27. Sklerosis Berbilang
28. Polio/Poliomielitis
29 AIDS Akibat Pemindahan Darah
30. Penyakit Boleh Membawa Maut
31. Buta
32. Melecur Teruk
33. Hilang Daya Pertuturan
34. Hilang Daya Pendengaran
35. Hilang Upaya Untuk Berdikari
36. Lumpuh/Parapligia
37. Kecerderaan Teruk Kepala
38. Kardiomiopati
39. Pembedahan Otak
40. Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal